Info Pejabat
019-938 1881
K-5690 Tingkat Satu, Jalan Kubang Kurus, Kemaman, Malaysia, 24000
Isn - Jam 9.00 - 17.00 Ahad TUTUP
-
Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992, peraturan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), syarat syarikat penerbangan, pihak hotel, pengangkutan, pengurusan visa serta pihak berkuasa berkaitan di dalam dan luar negara.
Dengan membuat pembayaran deposit atau pengesahan penyertaan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.
2.1 Tempahan hanya dianggap sah selepas:
2.2 Semua tempahan tertakluk kepada kekosongan tempat, penerbangan, visa, hotel dan pengesahan pihak berkaitan.
2.3 Pihak syarikat berhak menolak mana-mana permohonan tanpa perlu memberikan sebarang sebab.
3.1 Pelanggan bertanggungjawab memastikan passport antarabangsa:
3.2 Segala kos akibat passport rosak, tamat tempoh atau gagal melepasi imigresen adalah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya.
3.3 Pelanggan bertanggungjawab menyediakan dokumen tambahan yang diperlukan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
4.1 Kelulusan visa adalah hak mutlak pihak berkuasa negara yang dilawati.
4.2 Pihak syarikat hanya membantu proses permohonan visa dan tidak menjamin kelulusan visa.
4.3 Sebarang kelewatan, penolakan atau pembatalan visa oleh pihak berkuasa adalah di luar kawalan syarikat.
4.4 Sebarang kenaikan kos visa, cukai atau caj tambahan yang dikenakan oleh pihak berkuasa akan ditanggung oleh pelanggan.
5.1 Harga pakej adalah berdasarkan kadar semasa dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal disebabkan:
5.2 Semua harga adalah tertakluk kepada kekosongan dan pengesahan semasa tempahan dibuat.
6.1 Deposit minimum perlu dijelaskan semasa tempahan dibuat.
6.2 Bayaran penuh hendaklah dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan syarikat.
6.3 Kegagalan membuat bayaran mengikut jadual boleh menyebabkan tempahan dibatalkan secara automatik.
6.4 Semua pembayaran hendaklah dibuat terus ke akaun rasmi syarikat.
7.1 Sebarang pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis.
7.2 Deposit adalah tidak dipulangkan kecuali dinyatakan sebaliknya.
7.3 Caj pembatalan boleh dikenakan berdasarkan:
7.4 Sekiranya pelanggan gagal hadir pada hari perjalanan (“No Show”), tiada bayaran akan dipulangkan.
8.1 Pihak syarikat berhak mengubah:
atas faktor keselamatan, operasi atau keadaan di luar kawalan syarikat.
8.2 Hotel yang dinyatakan adalah tertakluk kepada kekosongan dan boleh digantikan dengan hotel lain yang setaraf.
8.3 Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap pembatalan atau kelewatan disebabkan:
9.1 Pelanggan hendaklah:
9.2 Pihak syarikat berhak menolak penyertaan pelanggan yang:
10.1 Pelanggan bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan sesuai untuk perjalanan.
10.2 Pelanggan yang mempunyai penyakit kronik hendaklah memaklumkan kepada pihak syarikat sebelum perjalanan.
10.3 Segala kos rawatan, ubat-ubatan dan kemasukan hospital adalah tanggungjawab pelanggan kecuali dilindungi oleh insurans/takaful berkaitan.
10.4 Pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang kematian, kecederaan atau komplikasi kesihatan sepanjang perjalanan.
11.1 Pihak syarikat menggalakkan pelanggan mengambil perlindungan insurans atau takaful perjalanan.
11.2 Sebarang tuntutan insurans adalah tertakluk kepada syarat syarikat insurans/takaful masing-masing.
12.1 Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bagasi dan barang peribadi.
12.2 Pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas:
Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan atau perubahan perjalanan akibat kejadian di luar kawalan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Pihak syarikat berhak menggunakan gambar, video atau rakaman pelanggan sepanjang perjalanan untuk tujuan promosi, pemasaran dan dokumentasi syarikat tanpa bayaran pampasan.
Sebarang pertikaian adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan bidang kuasa mahkamah Malaysia.
Dengan membuat pembayaran deposit atau bayaran penuh, pelanggan dianggap telah:
dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan oleh pihak syarikat.
221899-A | MOTAC L/N 2722
Kepakaran kami dalam mengurus haji, umrah dan ziarah, sejak tahun 2009, "Pakej Eksklusif Pada Harga Mampu Pergi" "Moto" kami, Jom Umrah Bersama Kami.

Terdapat pertanyaan? Kami akan membalas mesej anda secepat mungkin.