Info Pejabat
019-938 1881
K-5690 Tingkat Satu, Jalan Kubang Kurus, Kemaman, Malaysia, 24000
Isn - Jam 9.00 - 17.00 Ahad TUTUP
-
MHB Travel & Tours Sdn Bhd merupakan syarikat milikan bumiputera 100%. Dahulunya dikenali sebagai South China Sea Travel & Tours Sdn Bhd yang telah didaftarkan pada 27 Julai 1991 di Terengganu. Kemudian ianya diambil alih oleh Koperasi Guru-Guru Agama Negeri Kelantan serta berpindah operasinya di Kota Bharu, Kelantan.
Pada 1 November 2012 syarikat ini telah diambil alih oleh Hj Mohd Hermey bin Nasir dan Hj Abu Bakar Bin Kasim dari Kemaman, Terengganu. Kemudian ditukarkan namanya sempena dari nama dua ahli pengarah tersebut iaitu kepada MHB Travel & Tours Sdn Bhd yang beralamat di K-5690 Jalan Kubang Kurus, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.
MHB Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang diuruskan sepenuhnya oleh ahli pengarah yang terdiri daripada Hj Mohd Hermey bin Nasir sebagai Pengarah Urusan dan Hj Abu Bakar bin Kasim sebagai Pengerusi Eksekutif. Dengan kemampuan dan pengalaman ahli pengarah selama lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang pelancongan, beliau mampu untuk mengendalikan dan menguruskan perniagaan serta operasi dalam dan luar negara semenjak ianya diambil alih.
Syarikat ini juga menjalankan operasi di dalam dan luar negara dengan keutamaan diberikan kepada mutu kerja yang terbaik serta menitikberatkan kebajikan kepada jemaah atau peserta. Antara yang utama ialah menguruskan Pakej Umrah dan Haji pada setiap tahun dan juga pakej-pakej lawatan dalam negara dan luar negara seperti ke Negara-Negara Asia, Eropah, Timur Tengah dan lain-lain lagi.
Syarikat ini juga merupakan sebuah syarikat yang mendaftar dengan Matta serta memiliki lesen penuh dari Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu PENGENDALIAN PELANCONGAN DALAM NEGERI (inbound), PENGENDALIAN PELANCONGAN LUAR NEGERI (outbound) DAN PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN (ticketing).
Penubuhan syarikat ini bersesuaian dengan perkembangan pesat rakyat Malaysia yang semakin ramai keluar melancong ke luar negara dan juga dalam negara. Mereka mudah memilih syarikat-syarikat pelancongan yang berlesen bagi menguruskan semua urusan mereka ke luar negara dengan penuh keyakinan bahawa ianya terjamin lebih sempurna.
Selain itu, Ia juga bertepatan dengan arus perubahan ekonomi yang semakin pesat sekarang ini dan ianya merupakan satu cabaran serta persaingan sihat bagi menambahkan lagi industri perniagaan dalam bidang pelancongan di Negara ini.
Dengan memiliki tenaga kerja yang berpengalaman dan komitmen yang tinggi pada tugas, pihak pengurusan syarikat berkeyakinan penuh untuk memperkembangkan lagi aktiviti syarikat dan terus cemerlang pada masa akan datang.
221899-A | MOTAC L/N 2722
Kepakaran kami dalam mengurus haji, umrah dan ziarah, sejak tahun 2009, "Pakej Eksklusif Pada Harga Mampu Pergi" "Moto" kami, Jom Umrah Bersama Kami.

Terdapat pertanyaan? Kami akan membalas mesej anda secepat mungkin.